Thursday 18 August 2011

Underage Boleh Berpolitik?

   Assalamualaikum salam sejahtera salam 1 Malaysia.. macam PM nak berucap plak kan.. yelakan harini pakman nak sentuh sikit2 pasal politik.  Zaman sekarang ni berbeza, orang dah berpolitik melalui internet.. kalau dulu fahaman2, suara2 rakyat, perjuangan2 semuanya terbatas melalui majalah surat kabar, poster. Berbeza sangat dengan sekarang ni di mana setiap rakyat yang boleh acces ke internet boleh menyuarakan je yang terlintas dalam fikiran dan dalam sekelip mata 1 Malaysia boleh tau..... Banyak laman web prokerajaan, anti kerajaan, propembangkang n macam2..

   Pakman sendiri suka baca gak... hehehehe Selalu baca Malaysiakini. Selain mengikuti perkembangan ape yang tengah terjadi dan info terkini, yang menarik perhatian pakman ialah comment2 dari rakyat malaysia.. 

   haa nak di pendekkan cerita diorang ni comment ikut suka diorang je... bergaduh2 sampai mnggunakan kata yang x enak... provok dan sebagainya.. (agak2 kalau face to face berani x.. hehe). yang menjadi persoalannya masing-masing nak mengakkan kebenaran yang belum tentu benarnya. Berita yang didengar belum tentu betul atau salah.. Tapi bila hati dah x suka dan benci, fikiran dah sempit, mula la nak merasakan dia sentiasa betul dan asyik nak menyalahkan orang lain...(general ni, pakman x cakap belah mana2.. dua2 sama hehe)  Sikap macam ni x bagus ye kawan2.. 

   Ape kene tajuk entri ni kan... bila perangai x matang macm tu, jadilah macam budak2... setakat gaduh-gaduh, comment yang langsung x bernas (pemikiran budak)...penggunaan perkataan yang x berhemah, samalah cam budak kecik.pemikiran sempit. Jadilah kanak-kanak yang berpolitik. Marilah luaskan fikiran kita, kita boleh mmberi pndapat tapi  kene belajar terima pendapat orang lain. (point pakman)

  Sebagai negara demokrasi, bukan lah bermaksud negara perlu mendengar suara lantang setiap rakyat.. yes rakyat menentukan negara.. menentukan pemimpin mereka. RAKYAT bersuara tanpa memikirkan bebanan, tanpa memikirkan semua pihak, kaum, agama, mereka mungkin lebih mmntingkan komuniti setempat, atau pn diri sendiri, tapi bila PEMIMPIN bersuara dia wajib memikirkan pelbagai pihak, kena memelihara isu agama bangsa, dan sebagainya. Mungkin inila yang menjadi punca ketakmatangan para pengkomen (yang kebanyakannya x mengguna kan akaun (facebook) asli mereka) 

  Walaubagaimana pun ketaktelusan pmerintahan sama ada pembangkang atau kerajaan, kita kena ikut agama Islam yang menjadi pegangan kita.. kita haruslah bersabar dengan semua ni. jangan cepat melenting dan marah. Perkara-perkara seperti mengumpat, memfitnah, mengkeji, mengejek,mengaibkan orang lain dan lain-lainya itu semua tak diajar pn dalam Islam. Sabar itu separuh dari iman.. 

  Hmm tapi x lah semua yang komen dalam tu x matang, sesetengah golongan je yang macmni.. Pakman x sebelah mana2 pihak(or sebanrnye rahsia hehehe). jadi kat sini pakman cakap secara general untuk semua.. kurang kan lah sikap kebudak-budakan ni.. 

haa isu hangat lagi kat malaysiakini  jom baca, bacaa je, jangan emo sangat... ;p

p/s Pilih la pemimpin yang baik.. Kalau xde yang baik, pilih la yang terbaik... jangan pilih yang takbaik... Jangan memperjudikan masa depan negara kita, jangan gadaikan maruah dan kemerdekaan negara Malaysia tercinta.. 

bak kata boboboi... Terrbbaaaeeeekkkkk... 




vs


=


~Rakyat yang kalah~
  

No comments:

Post a Comment