Friday 26 August 2011

Sifat kawan

Assalamualaikum semua...
Ntah ttba rasa nak ceritakan pengalaman pakman bertemu jenis2 kawan yang berperangai kurang menyenangkan selama sya dduk du muka bumi ni..

Selalu nak berprasangka baik, tapi masih ade perangai orang yang kurang menyenangkan

1. Kawan yang suka menegur.(untuk menunjuk)
Bagus kan tegur menegur, memang la sangt di tuntut untuk sama2 kita berubah, tapi pakman penah jumpa orang yang menegur fakta orang tapi sebenanye die x btul pn.. lagi2 pasal isu sensitif macam perihal agama.. die nak tunjuk die tinggi ilmu kot tapi salah.. ade jugak yang tegurannya betul tapi, die tegur publish kat facebook ke, awam ke.. so sebnanye orang tu x cukup bagus pn sbb mungkin mengaibkan orang lain. Jadi cara die x berhemah sangt.. 

2. Kawan yang bermuka-muka
Depan kita berbaik2... depan orang lain cakap kita tu ni.. aduih.. da jumpe jugak orang camni.. 

3. Kawan yang pentingkan diri.. wah.. fikir diri die jeee..... bila susah cari kita,dari pertolongan kecik smpai ke besar2 mengharapkan kita tolong ssangt...  bila kita susah nak mintak tolong die cuma 1 pertolongan yang penting payah giler... bermacam alasan. sangt sedih mmpunyai kawan camtu.. 100 kita tolong die 1 kita nk  mintak tolong pon payah nak tuuuutt.. 

4. Kawan suka pinjam duit
Kalau pinjam duit bayar ontime kita pn x kisah.. Ni pinjam ye2 nak pinjam janji bayar ontime, tapi berkurun dah....mintak banyak kali dah,. nak mintak lagi pon sogan den.. kalau orang susah faham lah kita.. ni bukan orang senang tapi kaya siap... haa.. pakman penah jumpa. 

5. Kawan yang rasa semua dia betul.
Kawan camni ape die cakap ape die cerita, ape die buat  beliau yakin sungguh betul, padahal.... walau pn kita tau hal sbnar atau kita lebih tau dari die, atau kita mngkin lebih baik dari die.... kita ni dok je la dengor atau tgok je la ape die buat.(sebenanye malas layan) hehe jenis ni suka menidakkan atau membetulkan orang lain walau pn die x la betul sangt pn.. Cntohnya.. "eh pakman x cantik ni... meh aku tolong....". lastly pakman rasa tadi lagi cantik... hahaha x pe la.... die suka menolong.. 

ni yang top 5.. hehe

hmm sebenarnya pakman bersedih mengenang ade kawan cmtu... Tapi sabar je lah,  ni luahan pakman, nasib la sape yang baca.. hahaa next time pakman cerita pasal kawan yang baik.. ofcos la ade kan... sikap kawan yang sangat2 menyenangkan n baik! ade sifat kawan part II. haha ok bye


Amalan Membaca Al-Quran

Assalamualaikum..
alhamdulillah kita sudah semakin hampir ke penghujung ramadhan ni.. jom muhasabah diri.
hmm nampaknya masih banyak kelemahan lagi dalam bulan ramadhan ni.. harap dapat jumpa lagi ramadhan akan datang dan beribadat dengan lebih baik..

Merujuk  kitab yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Dato Ismail Kamus, Ust Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid, Untuk mencapai martabat al Muqarrabin (mereka yang berjaya menghampirka diri kepadaNya) perlulah kita banyakkan amalan sunat yang mulia cntohnya seperti membaca AlQuran, berzikir, berselawat, berdoa dan lain2.

Antara kelebihan membaca al-Quran

-Ibadah paling utama dari segi bacaan
-Pahala membaca satu huruf : mengikut Ibn Majah 400x, mengikut Ibn Jauzi 700x
-Balasan satu huruf di baca bidadari di syurga, juga dikatakn sebatang pokok di syurga
-Mengikut Ibn Abas, pembaca al-Quran adalah hartawan, pahalanya tidak akan putus.
-Selamat dari api neraka
-Pada hari akhirat al-Quran menjadi pembela
-Pembaca memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat
-Membaca sebelum tidur mendapat kawalan malaikat
-Pembaca akan di golong dalam golongan Siddiqin Syuhada dan Solehin
-Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampun dosa mereka
-Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan malaikat di langit
-Jika dibaca dalam rumah akan menjadi cahaya dalam rumah itu
-Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) akan mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat
-Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat
-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati al-Quran
-Mempelajari 1 ayat al-Quran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat
-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatandan keharmonian hidup
-Mendapat perlindungan di padang mahsyar nanti
-Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan

Marilah sama-sama renungkan dan tingkatkan amalan...

Thursday 18 August 2011

Di saat Aku Mencintaimu



Tak sedap pon pakman nak nyanyi jugak... sebab ini blog pakman yang punya.. hahahaha


Dadali - Disaat Aku Mencintaimu
Am   Em
Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
F  C
Disaat aku mulai mencintaimu
Dm   Am
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
F   Em
Malah kau pergi jauh dari hidupku...


Am   Em
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
F   C
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Dm   Am
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
F   Em
Disaat aku terbangun dari tidurku...

Am  Dm
Aku inginkan dirimu
G  C
Datang dan temui aku
F  Dm
Kan ku katakan padamu
E
Aku sangat mencintai dirimu...
Am  Dm
Aku inginkan dirimu
G  C
Datang dan temui aku
F  Dm
Kan ku katakan padamu
E
Aku sangat mencinta...


Am   Em
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
F   C
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Dm   Am
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
F   Em
Disaat aku terbangun dari tidurku...

Am  Dm
Aku inginkan dirimu
G  C
Datang dan temui aku
F  Dm
Kan ku katakan padamu
E
Aku sangat mencintai dirimu...
Am  Dm
Aku inginkan dirimu
G  C
Datang dan temui aku
F  Dm
Kan ku katakan padamu
E
Aku sangat mencinta...

C#m  F#m
(Smoga engkau kan mengerti)
B  E
(Tentang perasaan ini)
A  F#m
(Maaf ku telah terbuai)
G#
(Akan indahnya cinta)

C#m  F#m
(Maaf sungguh ku tak bisa)
B  E
(Untuk kembali padamu)
A  F#m
(Maaf ku telah terbuai)
G#
(Akan indahnya cinta)

Am  Dm
Aku inginkan dirimu
G  C
Datang dan temui aku
F  Dm
Kan ku katakan padamu
E
Aku sangat mencinta...

Am  Dm
Aku inginkan dirimu
G  C
Datang dan temui aku
F  Dm
Kan ku katakan padamu
E
Aku sangat mencintai dirimu...

Underage Boleh Berpolitik?

   Assalamualaikum salam sejahtera salam 1 Malaysia.. macam PM nak berucap plak kan.. yelakan harini pakman nak sentuh sikit2 pasal politik.  Zaman sekarang ni berbeza, orang dah berpolitik melalui internet.. kalau dulu fahaman2, suara2 rakyat, perjuangan2 semuanya terbatas melalui majalah surat kabar, poster. Berbeza sangat dengan sekarang ni di mana setiap rakyat yang boleh acces ke internet boleh menyuarakan je yang terlintas dalam fikiran dan dalam sekelip mata 1 Malaysia boleh tau..... Banyak laman web prokerajaan, anti kerajaan, propembangkang n macam2..

   Pakman sendiri suka baca gak... hehehehe Selalu baca Malaysiakini. Selain mengikuti perkembangan ape yang tengah terjadi dan info terkini, yang menarik perhatian pakman ialah comment2 dari rakyat malaysia.. 

   haa nak di pendekkan cerita diorang ni comment ikut suka diorang je... bergaduh2 sampai mnggunakan kata yang x enak... provok dan sebagainya.. (agak2 kalau face to face berani x.. hehe). yang menjadi persoalannya masing-masing nak mengakkan kebenaran yang belum tentu benarnya. Berita yang didengar belum tentu betul atau salah.. Tapi bila hati dah x suka dan benci, fikiran dah sempit, mula la nak merasakan dia sentiasa betul dan asyik nak menyalahkan orang lain...(general ni, pakman x cakap belah mana2.. dua2 sama hehe)  Sikap macam ni x bagus ye kawan2.. 

   Ape kene tajuk entri ni kan... bila perangai x matang macm tu, jadilah macam budak2... setakat gaduh-gaduh, comment yang langsung x bernas (pemikiran budak)...penggunaan perkataan yang x berhemah, samalah cam budak kecik.pemikiran sempit. Jadilah kanak-kanak yang berpolitik. Marilah luaskan fikiran kita, kita boleh mmberi pndapat tapi  kene belajar terima pendapat orang lain. (point pakman)

  Sebagai negara demokrasi, bukan lah bermaksud negara perlu mendengar suara lantang setiap rakyat.. yes rakyat menentukan negara.. menentukan pemimpin mereka. RAKYAT bersuara tanpa memikirkan bebanan, tanpa memikirkan semua pihak, kaum, agama, mereka mungkin lebih mmntingkan komuniti setempat, atau pn diri sendiri, tapi bila PEMIMPIN bersuara dia wajib memikirkan pelbagai pihak, kena memelihara isu agama bangsa, dan sebagainya. Mungkin inila yang menjadi punca ketakmatangan para pengkomen (yang kebanyakannya x mengguna kan akaun (facebook) asli mereka) 

  Walaubagaimana pun ketaktelusan pmerintahan sama ada pembangkang atau kerajaan, kita kena ikut agama Islam yang menjadi pegangan kita.. kita haruslah bersabar dengan semua ni. jangan cepat melenting dan marah. Perkara-perkara seperti mengumpat, memfitnah, mengkeji, mengejek,mengaibkan orang lain dan lain-lainya itu semua tak diajar pn dalam Islam. Sabar itu separuh dari iman.. 

  Hmm tapi x lah semua yang komen dalam tu x matang, sesetengah golongan je yang macmni.. Pakman x sebelah mana2 pihak(or sebanrnye rahsia hehehe). jadi kat sini pakman cakap secara general untuk semua.. kurang kan lah sikap kebudak-budakan ni.. 

haa isu hangat lagi kat malaysiakini  jom baca, bacaa je, jangan emo sangat... ;p

p/s Pilih la pemimpin yang baik.. Kalau xde yang baik, pilih la yang terbaik... jangan pilih yang takbaik... Jangan memperjudikan masa depan negara kita, jangan gadaikan maruah dan kemerdekaan negara Malaysia tercinta.. 

bak kata boboboi... Terrbbaaaeeeekkkkk... 




vs


=


~Rakyat yang kalah~
  

Wednesday 17 August 2011

kawasaki ninja 250r

   Assalamualaikum semua penah dengar kan kawasaki ninja 250r. kalau x pernah dengar mai saya cerita...
sebenarnya nak cerita pengalaman pertama ride moto ni. hehe

serba sedikit spec moto ni
engine 4stroke 2 cylinder(parallel)
displacement  250cc
fuel injection
igniton computer
transmission 6speed
liquid cooling system

yang lain2 boleh g tgok kat laman web dia

  Trip 1 : dari Johor Bharu ke Ayer Hitam. lebih kurang 100km perjalanan. moto dalam pantang lagi so x dapat la nak test power sangat.. tengok je lah moto kapcai potong kite....

Komen
~ agak teruja bila dapat naik moto yang lebih besar ni..
~ kecewa sebab x dapat nak laju lagi(dalam pantang)
~ambil masa nak ssuai kan postur badan. yela sebelum ni bawak 125z je.. hehe
~ fuel consumption? rm5. macam x percaya tapi tulah... mungkin sebb bawak x smpai 100km/j kot (siput)

trip 2 : Ayer Hitam - Shah Alam - KL- Ayer Hitam
~dah habis pantang.. laju jugak moto ni.. maximum speed boleh smpai 175km/j (tengok kat youtube je) kih3.. ^_^  tapi pakman bawak around 140km/j. rasa nak pulas lagi, nasib baik moto pinjam.. haha (padahal dah cuak gak bawak laju2). x pelah itu pn dah pakai fast lane....
~untuk first time macm pakman ni, rasa macam "meluncur" atas highway. seronok!
~moto stabil, pada kelajuan tu.
~postur badan yang x bongkok atau tegak sangt. relaks dan x penat
~2jam 15mnt dr kL ayer hitam. tu pon dah masuk pee pee kat ayer keroh
~fuel consumption lebih kurang RM20.00 sehala. 300km, 140km/j.
~berpuas hati dengan response pecutan dan dari segi handling

Tapi mungkin susah sikit bila..
~nak bawak barang.. kene sedia kan beg la....
~takde meter minyak.. x tau plak minyak setengah ke penuh ke 3 suku ke..
~bila kene potong dengan mamat superbike.... diorang boleh run smpai 200km/j dengan tenang
~nak bawak 2 3 orang.. hahaha mmang la naik moto bawak sorang je la kan
~bila x de duit nak beli moto ni.. harga die lebih kurang RM23,000 masuk insuran.
~bila trafik jem..... moto ni agak besar dan berat.. x leh la nak cilok mencilok sangt macm kapcai.. tapi still boleh! :)

Bagi sesiapa yang dalam dilema nak beli moto ni, renungkanlah, bagi pakman best je moto ni.. kalau compare dengan moto yang sekelas dengan ninja 250r ni, mungkin ini adalah the best.
kene tengok budget kamu semua la... dalam 20k, xkesah x dapat kelajuan yang ekstrem, senang handle, senang maintain, cun... inila die kawasaki ninja 250r.

Terima kasih la kat abg yang baru beli moto ni n sanggup bagi pinjam kat adik die ni semata2 nak merasa... hehehehe lepas ni nak rasa er6.. pastu nak rasa r1.... hmm nak pinjam moto sape plak.. ke nak kene beli sendiri?


ha.. tuu diaa.... pakman bawak yang tengah tu... yang sedang begaya tu abg.. kalau ade membe naik moto sama cam ni mesti lagi sronok!! 


ni le moto pakman.. nak tunjuk yang belakang sebenanye, terinterfrem pulok...  :)





4 bulan cuti? mari kerja part II

   Hai semua.. cewah ade part II bagai... haa.. meh sambung cerita, pakman rehat cukup2 hujung minggu sebelum diposting ke kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri untuk dinaikkan pangkat daripada tukang serve kepada tukang jual air...... hahaha boleh la

   Kerja yang pakman buat kalini lebih kurang sama je. lain sikit bila kene jual pulak. 

Tugas2 pakman

6.30am masuk kerja (selalu lewat sikit) setelkan tong2 sampah n dewan makan. masak air seperiuk besar.
7.00am start buat roti sandwich/roti sadin/roti gulung
8.00am minum teh jap ngan jimmy (partner)
8.30am start proses menyediakan air yang sudah dimasak dan air gula
9.00am start buat air.. kene hidang siap2 kalau tak budak2 berebut... 
9.45am "Dik singgah dik beli air!!!" pakman jerit... "kalau tak singgah air singgah kepala kau!!"  haha budak2 pn terpaksa beli.. 
11.00am rehat habis. kerja mengelap, menyapu, mengemop prepare untuk pelajar rehat tengahari dan petang
12.00pm makan... (nak makan anytime je.. keje kantin) 
tengahari tak berapa sibuk la.... melepak je, kalau rajin tolong uda kopek bawang, hehehe kkadang lepak ngan budak skola, terasa jadi budak skolah plak.. kkadang je jual minyak..  hehe
2.15pm budak petang rehat sembayang zohor
4.45pm rehat lagi... kekadang bosan plak time petang. budak2 masih kecik... layannnjeelaaaa 
5.30pm kemas... paling x best menguruskan sisa makann n pnggan mangkuk yang kotor. 
6.15pm baru siap kemas.. fuuhhh penat... 

Bende yang sama la pakman buat dekat 2bulan lebih... sabtu ahad holiday. hehe 

banyak bende pakman belaja. 
1. Boleh buat air sendiri dah... teh, kopi, nes, horlick, air ape je... hehehehe Buat air untuk lebih 2ribu pelajar memang bukan senang. 
2. Beli barang2 dapur.. antara kerja pakman pegi kedai beli barang2 dapur... 
3. Belajar berniaga. bos yang ajar. 
4. Dapat bersabar buat bende yang hampir sama setiap hari.. bosan! tapi bos dah buat bnde tu 6tahun
5. Solat jangan di tinggal walaupun sibuk bekerja
6. Rasa susah untuk mencari duit sendiri... Berpeluh2 pakman kerja. hehe 
and banyak lagi..

Bestnye kerja kat sini dapat jumpa cikgu2 lama.. sebenarnya ni sekola lama pakman, so ramai cikgu2 kesayangan masih ade di sini.. Berada di sekolah ni membuat pakman teringat jugak kisah cinta monyet sewaktu form2... kah3.... 
ade lagi satu bende... ade budak tanya "abg ni SPM je ke... "
ok fine la kan... hehe 

Terima kasih kepada Abg Boi, Abg Roi,(anak bos yang sporting giler diorang ade degree tapi sanggup tolong mak ayah kat kantin) Cik Din, Makcik Sara (bos n isterinya) jimmy partner dan staff dapur.. hehe. eh jimmy, lagu sikit... (start berkaraoke ngan jimmy kat kantin) 

Sebenanye pakman penah keje part time kat stesen minyak shell  di pt Raja (sebagai tukang jual minyak)
Cashier di pasaraya Wellward pt raja, menjaga kedai runcit di kem khidmat negara (sembrong). 
seronok menghabis kan masa dengan buat kerja part time masa cuti sem.. tapi bagi kawan2 yang melancong ke sabah, indonesia, thai, korea, mereka mungkin lagi seronok... tapi pakman bersyukur je dapat kerja hehehe =) 

Bulan ramadhan kantin ttup, rehat lah.. elektif x siap lagi!! 


4 bulan cuti? mari kerja

   Cuti sem kali ni bukan agak panjang tapi memang panjang... selalu merungut xde cuti, letih, tension, jadi ni ha di bagi 4 bulan terus... ha lamanya?? baru melopong x tau nak buat ape kan... haha

   Cadang nak buat projek best2 melancong ke, jjalan, shoping.. tapi tu sume kene guna duitt... jadi terpaksa buat kerja2 part time cari duit dulu...... cuti 4 bulan x kan topup 10ringgit je cukup..  macam x cukup je.  (memang pon). sebenarnya nak citer pasal kerja part time ku...

kalau korang kerja ape yang korang pilih???

Saya pilih kerja kantin... Bukan sebab memilih tapi sebab takde pilihan sangat pon.. hehe

Mingggu pertama kerja bos dah ajak katering di INTAN kluang.. 4 hari 4 malam. tugas saya serve makanan peserta kursus pegawai tadbir diplomatik. 6 kali makan, sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam. supper. kaya betul kerajaan bagi tender makan banyak2. kerja x susah.. serve makan dari pagi seawal 6.00am dan balik 1.00am. tak susah tapi PENAT gila weii....  tido hanya 3 jam lebih je sehari!   nasib baik 4 hari je.. hehehe hari ke empat dah macam nak pengsan... tapi bila bos bagi gaji.. Alhamdulillah....
pengajaran yang saya dapat
1. baru terlihat depan mata macamana kesungguhan orang mencari duit.. saya tido 3 jam lebih. bos tak tido kot...
2. serve yang terbaik untuk dapat tender lagi
3. kesungguhan tu sangat berbaloi.. keuntungan bos mencecah RM10,000 4 hari. (bos suruh fotostat slip bank.. tekejut pakman melihat)
4. penat sangat kerja cari duit.. gaji x lah banyak dokter ke ape.. so appreciate sangat2 duit tu..
5. kita jangan tinggal solat walaupon dalam kesibukan kerja.
6. kerja tempat makan ni memang untung sebab hari2 makan free.. bos belanje. hehehee..
7. belajar kontrol emosi walaupon dalam tekanan penat n sebagainya.. bos  "tanya ok man???? steady ye.... "
pakman jawab "ok..... . ~~~ uhuk3..  " (ok yang x berapa nak ok sangat)


haa sebenarnye bukan ni kerja part time pakman buat.. baru 4 hari, ade lagi 3 bulan lebihh.. hehehe jap g cerita naa..


xde gambar suasana di sana.. hmmm bayang kan je lah ye. ~tetap dalam ingatan



Tuesday 16 August 2011

Maksud Bacaan dalam Solat

Assalamualaikum

Mari kita sama-sama mengingati dan menghayati maksud bacaan dalam solat.. Hari-hari kita solat 5 waktu di tambah dengan solat-solat sunat lain.. Hari-hari kita membacanya dalam solat kita. Agar kita semua diberkati Allah. 

1.Takbiratul ihram
Allah maha besar

2.Doa Iftitah
Allah maha besar sebesar besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Ku hadapkan muka ku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepda Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyukutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah seru sekalian alam
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya.
Dan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang islam

3. Bacaan Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam
Yang maha pengasih dan penyayang
Yang berkuasa pada hari pembalasan
Hanya Engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahaja tempat kami minta tolong.
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

4. Bacaan Rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujian-Nya

5. I'tidal 
Allah mendengar akan orang yang memuji Nya.. Ya Tuhan kami bagi-Mu segala puji
Allah maha besar..

6. Duduk di antara dua sujud
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berilah aku rezeki,berilah aku petunjuk, afiat(sihat)kan lah aku, dan maafkan aku. 

7.Bacaan sujud
Maha suci Tuhan  ku yang maha mulia dengan sifat kepujian-Nya

8. Bacaan tahiyat akhir
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat(berganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah.
Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. 
Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik 
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah.
Ya Allah anugerahkan lah kesejahteraan keatas Muhammad dan keluarga Muhammad
Seperti yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim
Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad
Seperti yang telah Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. 
Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi

9. Salam
Sejahtera keatas kamu dan rahmat Allah

10. Doa kunut
Hai Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki
Afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan
Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin
Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah Engkau berikan
Dan peliharalah lah aku dari perkara-perkara kejahatan yang telah Engkau qadhakkan(hukumkan)
Maka bahawasanya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum
Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin
Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi
Amat berkat Engkau wahai Tuhan kami yang maha tinggi Engkau
Maka bagi Mu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan
Dan minta ampun aku kepada Engkau taubat aku kepada Engkau. 
Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy(tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan sahabt-sahabatnya.. 



Indahnya solat harian kita...



   
di copy dari kitab Mari Sembahyang oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

Monday 15 August 2011

Assalamualaikum

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. harini tergerak pulak nak buat blog.. rasa macam menarik kalau dapat kongsi kan ape yang ade bersama2.. sekarang macam2 blog ade,islamik, politik, ilmiah, hiburan,sukan automotif,  blog mengumpat,memfitnah mengata, citer artis.. cerita jiran sebelah.. oopss. haaaaa yang tu jangan naa.  
    sempena jadi first timer ni, banyak bende nak kene belajar lagi... hehehe jadi harap semua x keberatan beri tunjuk ajar n support.. 

   pantun harini

buah cempedak di luar pagar, 
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar, 
kalau salah tolong tunjukkan.. :)

 

pergi beraya ke rumah pak samat,
rendang tersedia bersama ketupat,
bulan ramadhan penuh berkat,
marilah kita banyakkan ibadat... :)